Jalan cerita Rush Hour 3

Lee ditugaskan sebagai pelindung peribadi bagi Duta China untuk menghadiri perbincangan Mahkamah Jenayah Dunia. Semasa duta tersebut baru sahaja berucap, tiba-tiba dia diserang oleh seorang penembak curi, menyebabkan semua orang menjadi panik. Lee mengejar penembak curi tersebut dan mendapati penembak tersebut adalah Kenji, "abang" kepada Lee (bukan abang kandung), menyebabkan Lee berasa tidak sanggup untuk menembaknya. Carter yang telah diturunkan pangkat kepada seorang polis trafik turut masuk campur dalam kes tersebut, menyebabkan mereka terlepas akan Kenji. Sementara itu, Duta China tersebut sedang dirawat di hospital dan anaknya, Soo Yung meminta mereja berjanji untuk menangkap dalang di sebalik peristiwa tersebut. Adegan kejar-mengejar telah membawa mereka ke kota Paris, di mana mereka bertembung dengan musuh utama serta dalang sebenar di belakang peristiwa tersebut iaitu Reynard.